Welcome Deal

 



Welcome Deal adalah ganjaran yang bakal anda perolehi sekiranya mendapatkan nombor baru atau mengekalkan nombor lama. Ia satu penghargaan istimewa bagi anda sekiranya berjaya menjadi pengguna simkad ONEXOX buat pertama kali.


Pembelian pertama Season Pass 'Welcome Deal' didatangkan bersama Tempoh Aktif 28 Bulan (2 tahun 4 bulan). Pelanggan baharu boleh membeli mana-mana pakej Season Pass 'Welcome Deal' yang ditawarkan setelah simkad diaktifkan.


Permulaan :

  • Pek Permulaan (Pengguna Baru) - RM10
  • MNP (Pengguna Yang Ingin Kekalkan Nombor Lama) - RM10


5 Pakej Pilihan Istimewa 'Welcome Deal'


  • SP FAT10 = RM50
    • 10GB data internet berkelajuan tinggi diaktifkan serta merta.
    • 10GB akan dikreditkan ke dalam Season Pass.
    • (Kod SMS: SP FAT10 hantar ke 22111)


  • SP FAT10M = RM50
    • 10GB & 333 minit akan dikreditkan ke dalam Season Pass anda.
    • (Kod SMS: SP FAT10M hantar ke 22111)


  • SP FAT5M = RM30
    • 5GB & 100 minit disimpan di dalam akaun Season Pass anda.
    • (​Kod SMS: SP FAT5M hantar ke 22111)


  • SP FATVOICE = RM30
    • 333 minit disimpan di dalam akaun Season Pass anda.
    • (​Kod SMS: SP FATVOICE hantar ke 22111)


  • SP FAT20 = RM30
    • 20GB data internet berkelajuan tinggi diaktifkan serta merta.​
    • (Kod SMS: SP FAT20 hantar ke 22111)




SOAL JAWAB 'WELCOME DEAL'


Siapakah Yang Layak Membeli Pakej Season Pass 'Welcome Deal' ?
Season Pass 'Welcome Deal' hanya layak dibeli oleh PENGGUNA BAHARU pelan Prepaid yang mendaftar melalui MNP atau Nombor Baru.

Tawaran pakej 'Welcome Deal' ini hanya sah dalam masa 10 hari dari tarikh simkad mula aktif.



Berapa kali saya boleh membeli pakej Season Pass 'Welcome Deal'?
Anda boleh membeli mana-mana pakej Season Pass 'Welcome Deal' yang tawarkan. Setiap pakej adalah terhad kepada satu (1) pembelian sahaja.

Anda hanya boleh membeli pakej SP FAT20 atau SP FAT10 dengan syarat akaun anda TIDAK mempunyai langganan DATA AKTIF.

Kuota data yang habis sebelum tarikh akhir kitaran langganan data masih dianggap mempunyai data AKTIF.

Cara pembatalan melalui SMS (DATAEND) ke 22111



Berapa lamakah tawaran SP 'Welcome Deal' sah untuk pembelian?
Tawaran pakej Season Pass 'Welcome Deal' hanya sah selama 10 hari dari tarikh simkad mula aktif.

Sebagai contoh, anda telah mendaftar dan mengaktifkan kad SIM pada 01/09/2018. Tawaran 'Welcome Deal' tersebut sah sehingga 09/09/2018 jam 11:59 malam.

Selepas 10 hari, anda tidak lagi boleh membeli pakej SP 'Welcome Deal' yang ditawarkan.




Bagaimana jika saya ingin membeli pakej Season Pass 'Welcome Deal' selepas 10 hari pengaktifan?
Tawaran pakej Season Pass FAT tidak sah selepas 10 hari pengaktifan.




Bilakah saya akan menerima tempoh aktif 28 bulan selepas pembelian pakej Season Pass 'Welcome Deal'?
Anda akan menerima tempoh aktif 28 bulan tersebut serta-merta sebaik sahaja pembelian Season Pass 'Welcome Deal' berjaya.

Tempoh aktif 28 bulan akan dilanjutkan dari tarikh pembelian Season Pass 'Welcome Deal'. Tempoh akan menjadi bertambah lebih lama sekiranya anda masih topup dalam masa 28 bulan dengan nilai setiap topup RM1 bersamaan 1 hari tambahan tempoh aktif.




Adakah kuota Season Pass 'Welcome Deal' boleh dikongsi?
Kesemua kuota Data dan Minit yang ada di kaunter Season Pass boleh dikongsi.

Hanya data 10GB yang aktif (dari pakej SP FAT10) dan 20GB (dari pakej SP FAT20) tidak boleh dikongsi kerana ianya telah diaktifkan serta merta sebaik saja pembelian dibuat dan sah digunakan selama 30 hari.




Apakah item yang boleh dikongsikan dari kaunter Season Pass 'Welcome Deal'?
  • Data dan Minit Panggilan boleh dikongsi.
  • Pengirim akan dikenakan caj perkhidmatan 50sen bagi setiap SMS perkongsian yang berjaya dibuat.
  • Maksimum 3 perkongsian setiap hari.
  • Had perkongsian (bagi setiap transaksi):
    • Maksimum 10GB data
    • Tiada had untuk Minit & SMS



Apa yang berlaku jika saya mencapai had perkongsian untuk hari itu?
Tiada lagi perkongsian yang dibenarkan pada hari tersebut. Anda boleh buat perkongsian pada hari berikutnya.




Sekiranya saya membuat MNP atau membeli pek SIM baru melalui Online Store XOX, adakah saya layak untuk tawaran Season Pass 'Welcome Deal'?
Ya. Anda layak dapatkan tawaran Season Pass 'Welcome Deal' selagi anda membeli dalam tempoh 10 hari selepas pengaktifan.

Pembelian melalui Online Store XOX juga boleh dibuat bersama dengan pakej Season Pass 'Welcome Deal'.



Anda ada persoalan lain yang ingin diajukan ? Sila HUBUNGI saya !

full-width