3 Tip Mudah Pilih Bisnes Di Zaman Teknologi Kini




Salam hormat rakan pembaca budiman. Mungkin sekarang ini anda masih tercari-cari bisnes apa yang boleh dilakukan zaman sekarang ni. Mungkin anda telah cuba bermacam-macam bisnes tetapi sukar tak pasti bisnes apa yang sesuai pada zaman teknologi kini.


Masa bergerak terlalu pantas sehingga sehingga kita tidak tahu teknologi terkini yang wujud pada zaman ini. Maka benarlah pakar usahawan mengatakan 'jika lambat...tinggal'. Ini bermaksud kita perlu ambil peluang yang ada dan cuba lakukan sepantas mungkin untuk berjaya dalam bisnes.


Diluar sana terdapat banyak peluang bisnes. Peluang yang ditawarkan terbentang luas. Anda boleh hanya perlu memilih untuk melakukan bisnes model apa. Ia mengikut kesesuaian anda. Anda boleh memilih model bisnes affiliate sebagai permulaan atau bisnes dropship. Bisnes model seperti ini kurang memerlukan komitmen modal. Jika ada modal pun ia agak minimum.


Baiklah ...bukan tujuan saya mengarang post kali ini untuk bercerita tentang model bisnes tadi. Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda tentang 3 tip mudah untuk  anda memilih bisnes pada zaman teknologi kini.


Berikut adalah 3 tip tersebut.


1) Produk Yang Ada Permintaan Berulang


Cara terbaik memilih bisnes zaman sekarang ini ialah bisnes yang menjual produk yang mempunyai permintaan berulang-ulang. Bisnes yang menjual produk keperluan. 


Sebagai contoh menjual produk minyak wangi. Ramai yang suka bau wangian. Majoriti suka berwangi-wangian. Sasaran pelanggan cukup besar. Jika tepat kaedah pemasaran yang kita lakukan, jualan berulang akan berlaku. 


Begitu juga produk seperti sabun. Tidak kiralah sabun apa sekali pun. Sebagai contoh sabun mencuci pakaian. Siapa yang tidak menggunakan sabun betul tak !. Majoriti manusia yang normal sukakan kebersihan. Cara untuk nampak bersih adalah  menggunakan sabun. Jadi permintaan berulang akan berlaku. Bisnes akan bertahan lama.


Satu lagi contoh bisnes yang sedang saya lakukan adalah menjual simkad OneXOX. Apabila kita  menyebut simkad, kita terus teringat handphone . Betul tak ?


Siapa yang tidak menggunakan handphone. Semua lapisan umur pasti memiliki handphone. Nak sebut sedap sikit memiliki smartphone. Ini salah satu contoh bisnes yang anda boleh cuba sekarang ini. Tambahan pula Syarikat OneXOX yang merupakan anak syarikat XOX Berhad ada juga mengeluarkan produk TANPA simkad iaitu eSIM. Satu teknologi terkini di mana anda tidak perlukan simkad untuk smartphone anda.


Terdapat pelbagai contoh  lain yang anda boleh pilih untuk bisnes anda bagi produk berulang seperti bisnes servis. Anda boleh membuat servis memotong rumput di rumah-rumah kejiranan yang risau binatang berbisa bertandang di rumah jika tidak memotong rumput yang semakin panjang. Bisnes ini memang anda permintaan berulang kerana rumput akan panjang kembali. Ia akan menjadi bisnes yang mempunyai permintaan berulang.



2) Mudah Dijual Secara Online dan Offline


Jika tip pertama tadi anda sudah buat keputusan, kita lihat pula adakah bisnes itu nanti mudah untuk dijual secara online dan offline.


Tip yang kedua ini lebih kepada teknik sedikit. Kita perlu belajar cara bagaimana melakukan bisnes secara online. Seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni. Buat pengetahuan anda, saya suka menjual secara online melalui kaedah penulisan artikel. Mungkin itu kelebihan yang saya nampak pada diri saya. Wallahua'lam.


Jika anda tahu menggunakan sosial media sekarang ini seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya pun boleh dikatakan boleh menjual secara online. Dah semestinya ada cara dan kaedah yang betul. Kita perlu belajar dengan pakar bisnes online yang kita tahu dan kenal.


Kaedah paling profesional apabila anda mempunyai kedai online anda sendiri. Ini akan menambah 'perisa' dalam rencah anda menjual secara online. 


Sekiranya anda ingin memilih bisnes yang mudah pada zaman sekarang ini biarlah mudah urusan anda untuk melakukan proses penghantaran, tiada risiko barang pecah atau rosak dan sebagainya.


Contoh bisnes terbaik yang saya nampak pada masa sekarang ialah bisnes simkad OneXOX. Tambahan pula pada hujung tahun 2020 lepas syarikat XOX Berhad telah memperkenalkan Program Affiliate kepada pengedar-pengedarnya. Semua pengedar yang telah dilantik mempunyai pilihan untuk melakukan pengeposan sendiri ataupun biarkan  Syarikat XOX yang menguruskan penghantaran simkad kepada prospek pengguna anda.


Pengedar-pengedar kini hanya fokus kepada pemasaran sahaja bagi memperkenalkan kelebihan simkad OneXOX dengan menggunakan satu link affiliate khas. Ini menjadikan bisnes OneXOX bertambah mudah dan efisen.



3) Modal Permulaan Yang Minimum


Kebiasaan bagi bakal peniaga akan selalu risau bab modal. Dulu saya juga bersikap skeptikal tentang bisnes. Molda sepatutnya tiada masalah besar. Ada juga bisnes yang boleh kita mulakan tanpa memerlukan modal.


Jika anda telah membuat pilihan produk apa yang ada permintaan berulangan dari point tip yang pertama, kemudian anda telah mengenalpasti kemudahan untuk produk itu dijual secara online dan offline dan untuk tip terakhir  ini pula ialah berkenaan modal permulaan bisnes yang minimum.


Apabila bisnes yang kita mulakan memerlukan modal yang rendah, risiko yang kita akan tanggung juga rendah. Tiada masalah gangguan emosi, depresi, anxiety dan seumpamanya disebabkan tersalah memilih bisnes yang memerlukan modal yang banyak.


Berapa banyak mangsa penipuan bisnes bersandarkan 'rakan kongsi' dan tawaran keuntungan bisnes yang tinggi menyebabkan kehidupan menjadi terdesak. Apabila kehilangan arah dan tekanan sekeliling, ada peniaga yang sanggup meminjam kepada Ahlong sebagai solusi. Walhal, mereka terperangkap disebabkan punca penipuan dari mereka yang mementingkan diri sendiri.


Anda boleh memilih untuk memulakan bisnes zero modal seperti ejen insuran, afiliate produk digital dan ejen dropship atau yang berbayar pada modal yang minimum seperti bisnes OneXOX


Baiklah...pada tip yang ketiga ini saya boleh mencadangkan kepada anda untuk menjadi Dealer Simkad OneXOX. Hanya dengan modal RM40, anda telah layak menjadi dealer khas simkad OneXOX dan mendapat pelbagai kelebihan istimewa berbanding pengguna biasa. Pada pandangan saya, modal pendaftaran RM40 ini tidaklah terlalu membebankan kepada sesiapa sahaja. 


Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut, sila baca perenggan seterusnya.




Kelebihan Menjadi Dealer Simkad OneXOX


Berikut adalah antara point yang mungkin menarik perhatian anda.


1) Modal Rendah


Modal permulaan cukup rendah buat masa ini. Sekarang dengan modal sebanyak RM40 anda boleh memulakan bisnes OneXOX. Tawaran modal rendah ini adalah hanya terhad sahaja. Saya tak pasti harga terkini. Buat permulaan anda boleh mulakan dengan RM10 sebagai permulaan menjadi pengguna biasa simkad OneXOX terlebih dahulu. Maklumat lanjut sila hubungi saya DI SINI !



2) Keuntungan Menjual Simkad


Harga satu simkad untuk pengguna biasa RM10. Harga layak sebagai ejen untuk menjual simkad ialah RM7.80. Di sini sahaja anda bakal memperolehi keuntungan sebanyak RM2.20 setiap satu simkad. Anda bayangkan sekiranya sasarkan jualan 100 keping sebulan. Keuntungan bersih menjual simkad sahaja sebanyak RM220.



3) Insentif Topup / Bayar Bil 10%


Yang ni memang menarik. Bagi setiap mereka yang telah anda daftarkan simkad tadi, anda akan mendapat insentif 10% daripada nilai topup / bayaran bil mereka. Insentif ini berterusan selagi simkad mereka masih aktif bersama OneXOX.


Sebagai contoh 100 keping tadi. Sekiranya seorang topup sebanyak secara purata RM50 sebulan jika didarabkan dengan 100 orang. Ini bermakna jumlah topup keseluruhan sebanyak RM5,000. Jadi insentif 10% daripada jumlah topup yang bakal anda terima ialah sebanyak RM500 sebulan.


Insentif ini anda perolehi secara berterusan selama mana simkad mereka masih aktif. Jika 10 tahun, maka 10 tahunlah anda terus mendapat insentif topup.



4) Untung Runcit E-Recharge


Selain menjual simkad anda juga layak menjana keuntungan e-recharge. E-Recharge adalah satu akaun khas dealer dalam satu sistem dealer untuk tujuan menjual topup kepada semua pengguna simkad OneXOX.


Pada tawaran ini sahaja anda layak mendapat keuntungan recharge sebanyak 2%, 4% dan 5% berdasarkan jumlah e-recharge anda.


  • 2% bagi e-recharge bawah RM200
  • 4% bagi e-recharge antara RM200 - RM399
  • 5% bagi e-recharge melebihi RM400

Sebagai contohnya anda membeli e-recharge sebanyak RM10,000 untuk dijual kepada pengguna. Keuntungan yang anda layak terima ialah 5% daripada RM10,000 iaitu sebanyak RM500. Jumlah e-recharge anda akan menjadi sebanyak RM10,500.


5) Sistem Sokongan Pendidikan Daripada Syarikat



Anda akan diajar dari (A to Z) secara percuma bagaimana menjalankan bisnes OneXOX dengan cara dan kaedah yang betul. Jadi jangan risau, anda pasti tak akan dibiarkan berniaga tanpa ilmu kelak.




6) dan banyak lagi...




Kesimpulan



Apa jua bisnes yang kita lakukan, kita gunakan apa yang ada disekeliling kita. Mulakan pada kadar yang minimum terlebih dahulu. Elakkan membebani otak kita dengan risiko yang tinggi disebabkan modal yang dikeluarkan juga tinggi. Tetapi sekiranya anda mampu, ia tidak menjadi masalah besar.


Saya harap apa yang saya kongsikan pada artikel post kali ini memberi manfaat kepada anda.


Sekiranya anda tertanya-tanya apakah kelebihan simkad OneXOX, anda boleh klik ke laman sesawang ini www.azeribiz2u.com sekarang !



0 Comments