3 Masalah Prepaid Selesai Dengan Simkad Panjang Umur Ini

 


Assalamualaikum kepada para pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi menjengah sebentar blog saya. 


Fakta yang perlu harus kita tahu sebagai pengguna berkenaan statistik pengguna handphone di Malaysia. Kita cuba lihat gambarajah di bawah tentang jumlah pengguna prepaid dan postpaid.





Gambarajah ini saya snapshot dari sumber rujukan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dikeluarkan pada tahu 2016. Anda boleh rujuk terus dari website MCMC di sini

Merujuk kepada laporan tersebut terdapat seramai 34.3 juta pengguna prepaid/prabayar berbanding postpaid/pascabayar yang hanya seramai 9.6 juta sahaja. Anda bayangkan daripada 43.9 juta pengguna handphone berdaftar di Malaysia terdapat 78.1% mewakili pengguna prepaid pada tahun 2016. Sekarang tahu 2021 semestinya pengguna berdaftar semakin bertambah.

Anda lihat sendiri kenapa syarikat MNVO (Mobile Network Virtual Operator) seperti Tune Talk, XOX, RedOne dan lain-lain memberi fokus kepada pengguna prepaid. Mereka nampak peluang ini terlalu besar untuk mereka membuat keuntungan.

Sebab itu kita lihat semua syarikat MNVO pasti menawarkan produk prepaid dan itulah fokus mereka.



3 Masalah Pengguna Prepaid



Sekarang anda dah faham mengenai fakta pengguna prepaid. Baiklah. Di sini saya ingin berkongsi kepada anda tentang 3 masalah yang kebanyakan pengguna prepaid memendam rasa dan mungkin saya ada pilihan solusi.

Masalah tersebut seperti ...



1) Tempoh Sah Prepaid Terhad

Pantang larang yang anda perlu jaga sebagai pengguna prepaid ialah tempoh sah prepaid. Anda perlu topup atau tambah nilai untuk anda meneruskan pegaktifan prepaid anda. Sekiranya anda tidak melakukan topup kebiasaannya anda tidak boleh membuat panggilan luar, sms dan melayari internet. Selagi anda tidak topup maka penggunaan handphone anda akan disekat kecuali anda membayar topup.



2) Blok Panggilan Per Minit

Kebanyakan pengguna prepaid tidak perasan berkenaan masalah ini. Masalah kedua ialah berkenaan blok panggilan per minit yang kalau di kira sebenarnya ia membebankan pengguna tanpa kita sedar. Sebab apa saya katakan begitu. Kita ambil contoh anda buat panggilan dan kemudian masuk ke peti suara. Anda pun tekan butang hentikan panggilan bukan. Apa yang anda tak perasan sebenarnya walaupun blok panggilan yang mungkin dalam masa 30 saat atau masuk peti suara ia masih dikira panggilan seminit.

Jika anda berpendirian ia bukan masalah bagi anda, tetapi mungkin bagi mereka yang susah menjadi beban jika mereka tahu masalah ini. Betul tak ?



3) Sekatan Kelajuan Internet

Masalah ini bagi pandangan saya yang juga pengguna prepaid sedar sebenarnya. Saya yakin anda pun pasti perasaan tentang masalah ini. Jika anda perasan apabila penggunaan pada tahap data tertentu kelajuan internet agak lambat. Sekiranya pada tahap tertentu internet jadi laju. Betul tak.

Paling ketara jika pengguna prepaid yang mempunyai baki data yang semakin sedikit atau baki data pada level tertentu menyebabkan kelajuan internet menjadi perlahan. Jika anda perasaan inilah masalah yang kebanyakan pengguna prepaid selalu memendam rasa. Tambahan pula jika anda sedang sedap main game PUB-G.



Simkad Panjang Umur Ini Bakal Menyelesaikan Masalah Anda



Saya telah pun terangkan 3 masalah yang selalu pengguna prepaid hadapi di atas. Jadi apa pula solusinya kan. Apa yang saya kongsikan ini tidak semestinya anda perlu buat keputusan sekarang. Mungkin ini hanyalah satu pilihan untuk selesaikan masalah yang anda hadapi selama ini. Tiada paksaan.

Anda dapat baca post saya sampai sini pun dah cukup menggembirakan saya sebenarnya. Alhamdulillah.

Sekiranya anda pernah dengar ONEXOX tetapi tak tahu apa sebenarnya yang ditawarkan oleh syarikat ini kepada pengguna prepaid tegar seperti anda. Saya sarankan anda baca maklumat tentang bagaimana ONEXOX selesaikan 3 masalah di atas melalui website saya DI SINI !

Seperti mana saya telah tekankan di atas, ini hanyalah salah satu pilihan untuk anda. Tiada paksaan. Sekiranya anda ingin menjimatkan perbelanjaan anda dan menikmati penggunaan yang berbaloi-baloi saya cadangkan ada baca dulu maklumat di website saya tu yer ! Anda buat keputusan di situ nanti.

Saya berharap post saya ini memberi manfaat kepada anda. Maafkan saya sekiranya anda kekhilafan yang berlaku sepanjang penulisan saya di blog ini.

Semoga kita dapta berjumpa di lain post yer . InsyaAllah.



Sekian. Terima kasih. 


0 Comments