Penilaian Patuh Syariah OneXOX

 Gunakan TANPA Was-Was


Pada 9 September 2016 syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shari’ah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah OneXOX. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung Syarikat didalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada semua untuk bergerak memasarkan OneXOX dengan lebih yakin. 

Sebelum Syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman web Syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar Sistem Onesys, borang-borang yang digunapakai, terma & syarat yang terkandung didalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan Syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/”misleading dan yang pentingnya hasil pendapatan adalah daripada sumber yang halal.


Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR)
Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX






Sijil Patuh Syariah



full-width