Apa Bezanya Teknologi 1G sehingga 5G Dalam Bisnes Telekomunikasi ?



Salam hormat kepada pembaca blog ini. Sebagai pengguna perhidmatan mudah alih di Malaysia, kita sentiasa ditawarkan pelbagai pakej data internet daripada syarikat telko terbesar seperti Celcom, Maxis, Digi, YTL dan UMobile. Itu kita tak boleh nafikan.


Teknologi mudah alih sentiasa berubah mengikut generasi ke generasi. Di masa kini kita masih diperingkat teknologi 4G dan akan datang pada tahun 2021 ini penggunaan secara luas untuk 5G akan bermula.


Adakah kita bersedia untuk ke arah 5G ?


Persoalan akan saya rungkai pada artikel seterusnya, insyaAllah. 


Pasa post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda perbezaan teknologi dari peringkat teknologi 1G sehingga 5G kepada anda.


1) Teknologi 1G : Panggilan Suara


Mula wujud pada tahun 1980. Pada peringkat ini hanya untuk panggilan suara sahaja. Kalau ada sesiapa yang masih ingat hanya boleh berhubung menggunakan telefon dengan saiz yang besar. 


Teknologi analog yang sangat popular pada zaman itu walaupun secara amnya mempunyai keupayaan bateri yang sangat lemah dan kualiti suara tanpa sekuriti sehingga terputus putus.


Kelajuan maximum teknologi 1G sehingga 2.4kbps sahaja. 



2) Teknologi 2G : SMS & MMS




Teknologi ini telah wujud pada tahun 1990. Mungkin anda pernah menggunakan handphone teknologi 2G ketika ini. Ketika ini saya rasa dah canggih dah. Bukan sahaja boleh buat panggilan suara malahan boleh SMS dan MMS hantar gambar, video kepada kawan lain lagi.


Pembaharuan teknologi dari 1G ke 2G satu peningkatan terbesar ketika itu.  Walaubagaimanapun, ketika ini masih ada lagi negara yang masih boleh menggunakan teknologi 2G.


Kelajuan maximum 2G dengan GPRS (General Packet Radio Service) dan EDGE (Enhance Data Rate For GSM Evolution) hanyalah setakat 50kbps 



3) Teknologi 3G : Internet Mudah Alih dan Panggilan Video



Pada peringkat inilah bermulanya permintaan 'Data Internet' yang kita tahu kini. Teknologi ini telah mula wujud bermula tahun 2001. Penggunaan internet melalui handphone ketika ini menjadi kejutan bagi penggunanya ketika itu. Ditambah pula dengan pilihan membuat panggilan video menjadi satu kejutan pada permulaan teknologi ini dibangunkan.


Kelajuan maximum 3G dijangka lebih kurang 2Mbps untuk peralatan yang tidak bergerak dan 384kbps bagi kenderaan. Secara teorinya kelajuan maximum untuk HSPA+ (atau H+) ialah 21.6Mbps.



4) Teknologi 4G : Standard Semasa




Semua pengguna smartphone kini telah tahu tentang bagaimana dengan teknologi 4G. Itu yang sedang kita nikmati kini. Teknologi ini telah mula wujud pada tahun 2008. Ia masih lagi menyokong teknologi 3G dan ditambah lagi dengan gaming, HD TV mudah alih, persidangan video, 3D TV dan pelbagai lagi peralatan yang memerlukan kelajuan data yang tinggi.


Walaupun ada sebahagian ciri-ciri teknologi 3G dihentikan atau dinaik taraf seperti dari teknologi radio kepada smart antenna.


Kelajuan maximum teknologi 4G ialah 100Mbps untuk peralatan yang bergerak dan 1Gbps untuk komunikasi mudah alih yang rendah ketika berjalan atau berdiri.



5) Teknologi 5G : Akan datang...

Teknologi ini agak baru dan terdapat beberapa negara maju baru telah mula menggunakan teknologi ini. Di Malaysia kini dalam proses perlaksanaan 5G yang mungkin menjadi realiti jika usaha keras dilakukan.


Terdapat banyak kelebihan 5G seperti mana yang dikongsikan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) iaitu kelajuan yang tinggi, kadar lengahan yang rendah (1 milisaat) dan mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1km persegi.




Kesimpulan

Teknologi akan sentiasa berubah. Tidak kiralah apa jua teknologi. Sebagai pengguna telko kita hanya menikmati sahaja apa jua teknologi yang ada kini. Baik atau buruk sesuatu teknologi itu bergantung kepada cara kita menggunakannya.


Ini juga berlaku dalam Syarikat OneXOX dan XOX Berhad dimana kami sebagai pengedar simkad ini telah dimaklumkan bahawa pihak Celcom dalam usaha meningkatkan dari 4G ke 5G seperti mana saya telah kongsikan pada post yang lepas. 


Antara salah satu pilihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh OneXOX adalah penggunaan smartphone TANPA simkad iaitu eSIM. Anda boleh menggunakan handphone tanpa simkad jika anda bersama kami. Maklumat lanjut anda boleh rujuk di laman website XOX Malaysia !


Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.


Kalau anda sudi, sila kongsikan artikel ini kepada rakan, kenalan dan ahli keluarga anda. Semoga berjumpa lagi. Terima kasih.

0 Comments