Soal Jawab ONEXOX Prepaid

 1. Apa itu ONEXOX?

ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.



2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?

Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik. 



3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?

Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.



4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5.30 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?

Kredit tersedia RM5.30 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.  



5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.


Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 


Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk membuat pindahan kredit ke pihak lain.   

Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma): 

SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>    

Contoh: TRNS DA 18


Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda. 


Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN PRABAYAR untuk gambaran lanjut.



6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?

RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.



7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?

Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai serbaneka, stesen-stesen minyak dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'ONEXOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan 'online' menerusi portal SELF CARE atau aplikasi perbankan 'online' terpilih.



8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:

a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.

b. Dapatkan bil terperinci.

c. Tambah nilai.

d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.

e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.

f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).

g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

h. Pengurusan pertukaran pelan



9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?

Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS). 



10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?

TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi 4G+ (sehingga 90mbps tanpa kawalan kelajuan, bergantung kepada kebolehan peranti dan liputan) bagi muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'mana yang sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.




11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?

SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX). Sila rujuk terma & syarat seperti di bawah :

Terma & syarat:

  • hanya ke talian ONEXOX ke ONEXOX dan XOX sahaja
  • kuota pertama diberi sebaik sahaja memasukkan SIM kad ke dalam telefon selepas pengaktifan langganan
  • kuota seterusnya diberikan pada awal setiap bulan
  • pastikan langganan anda aktif pada awal setiap bulan
  • kuota yang tidak habis akan dibawa ke bulan seterusnya
  • SMS percuma tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada apa jua bentuk



12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?

Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor-nombor premium 1-300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.


a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>

b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST

c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>



13. Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?

Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.



14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?

Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.


Cara menebus SMS percuma:

a. SMS ke 22111 - LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>

Contoh: LYT RED SMS 12

b. Melalui SELF CARE



full-width