SYOX30 Produk TERBARU OneXOX Prepaid Bagi 2021

 


Promosi terbaru untuk pengguna simkad OneXOX pada tahun 2021 ini iaitu SYOX30. Ia ditawarkan istimewa buat pengguna setia yang mahukan penjimatan yang berganda.


Pelan terbaru ini menawarkan data 31GB ( 21GB High Speed + 10GB Basic Internet ) dan seperti biasa OneXOX kekal menawarkan Hotspot seberapa banyak yang pengguna inginkan. Tiada batasan.


Cuba anda lihat gambar di atas tu, tarikh SYOX30 dilancarkan adalah pada 21 Januari 2021. Agak baru dari tarikh post ini. Saya sebagai Dealer dan pengguna simkad OneXOX rasa terpanggil untuk berkongsi di blog ini untuk saya kongsikan apakah promosi terbaru XOX.


OneXOX sentiasa memberi tawaran yang terbaik kepada pengguna-penggunanya.



Pengguna Simkad OneXOX Masih Komplen ?

Walaupun terdapat banyak komplen dari pengguna simkad OneXOX tentang pelan ini pada permulaan ia dilancarkan. OneXOX sentiasa perihatin dengan setiap kompen yang diutarakan oleh pengguna mereka. Antara komplen yang utama ketika produk ini dilancarkan ialah ia tertulis SYOX HAPPY HOUR dan lebih menyedihkan data internet, panggilan dan sms akan terhapus dalam masa 30 hari bermula dari tarikh pelan ini diaktifkan. Itulah antara keluhan pengguna simkad OneXOX.


Seperti biasa OneXOX sentiasa mendengar setiap komplen pengguna-penggunanya dan akan menambah baik perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa.


Maka wujudlah gambar promosi di bawah ini !




Tawaran SYOX30 Kini Sebagai SEASON PASS

Promosi istimewa buat pengguna simkad OneXOX Prepaid yang kini terus masuk ke dalam Season Pass. Bagi pengguna baru pasti tertanya-tanya apakah beza diantara Season Pass dan Happy Hour.


Saya terangkan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua perkataan ini. 


Season Pass ini boleh diumpamakan seperti satu akaun bank. Ia digunakan untuk meyimpan Data, Minit Panggilan dan SMS. SYOX30 akan aktif setelah anda mengaktifkannya. Selagi ia tersimpan dalam Season Pass anda, ia masih boleh diaktifkan selagi simkad anda belum tamat tempoh.


Bagaimana pula bezanya dengan Happy Hour ?


Baiklah......Happy Hour pula ia adalah promosi berkala setiap minggu dan bulan. Promosi Happy Hour yang datang pada masa-masa tertentu. Kebiasaanya tawaran ini cukup istimewa serta lebih jimat. Apa yang membezakan dengan Season Pass ialah ia tidak disimpan, malahan penggunakan perlu menghabiskan data, panggilan dan sms dalam tempoh tertentu.



Tawaran Lengkap Dan Cara Melanggan SYOX30






Bagaimana Nak Tebus E-Voucher dan Redeem SYOX30 ?

Sekiranya anda adalah pengguna simkad OneXOX dan ingin tahu cara menebus Voucher sila tonton video di bawah ini !



Peringatan : OneXOX Black boleh membeli SYOX30 tetapi TIDAK BOLEH Redeem. Pengguna Black hanya boleh Transfer E-Voucher kepada pengguna Prepaid sahaja. Caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan setiap transaksi.




Sekiranya anda ingin mendapatkan simkad kami, sila KLIK butang di bawah ini sekarang !


0 Comments