Apakah Penilaian Patuh Syariah Ini Belum Cukup Meyakinkan Pengguna Prepaid di Malaysia ?

 


Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terdiri pelbagai kaum di mana majoriti rakyat adalah penganut agama Islam. Agama Islam juga merupakan agama rasmi negara. Itu memang tidak dinafikan. Sebagai pengguna Islam kita perlu menitik beratkan tentang pengesahan syariah bagi sesuatu produk dan perkhidmatan. 


Umat Islam sangat menitik beratkan halal haram setiap apa jua bentuk nikmat yang diperolehi. Setiap apa yang kita makan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Apa yang paling merisaukan adalah kesan emosi pada anak-anak generasi yang akan datang. Semestinya masalah ini memerlukan satu penjelasan yang panjang.


Apa yang penting, sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati mencari rezeki untuk keluarga dengan cara yang menepati syariat Islam. Mencari rezeki halalan toyyiban / halal lagi baik !



Pentingkah Penilaian Syariah Bagi Syarikat OneXOX ?


Umat Islam di Malaysia sangat sensitif tentang hukum hakam dan syariah. Sehinggakan syarikat korporat yang ingin menarik keyakinan masyarakat Islam khususnya, perlulah melantik panel syariah syarikat mereka. Kalau kita ingin melihat contoh syarikat yang ada di Malaysia, semua syarikat perbankan pasti ada panel syariah nya tersendiri.


Contoh lain yang boleh saya kongsikan di sini ialah berkenaan isu semasa yang pernah hangat diperbincangkan pada bulan lepas berkenaan isu syarikat ATOMY. Walaupun belum disahkan haram oleh majlis fatwa bagi urusniaga syarikat itu di Malaysia tetapi hanya sangkaan bahawa aktiviti kristiniaty dalam syarikat ATOMY menyebabkan perbalahan dan percanggahan pendapat diantara para asatizah dan orang awam.


Saya tiada niat untuk membangkitkan isu ATOMY dalam post ini. Tujuan saya hanyalah ingin menjelaskan betapa rakyat Islam di Malaysia sangat sensitif akan hal-hal yang menyentuh isu agama terutama sekali isu berkaitan agama Islam. Tambahan pula jika terdapat isu sesebuah syarikat beroperasi tanpa ada lantikan panel syariah. Ini akan menyebabkan kurang keyakinan orang Islam khususnya untuk terus bermuammalah dengan syarikat tertentu.


Pentingkah Patuh Syariah ?


Bagi pendapat saya pengesahan patuh syariah sangat penting sebenarnya. Apabila kaedah muamalah melibatkan pembahagian komisen, keuntungan, caj tambah nilai dan sebagainya memerlukan pakar-pakar ekonomi Islam dilantik sebagai panel syariah. 


Sama juga bagi mana-mana syarikat yang berdaftar di bawah lesen AJL (Akta Jualan Langsung) yang mempunyai sistem pelan pamasaran mereka yang tersendiri. Mereka juga sepatutnya mendapatkan pengesahan patuh syariah.


Mencari rezeki yang halalan toyyiban adalah satu perjuangan bagi umat Islam. Terutamanya bagi ketua keluarga yang mencari rezeki demi sesuap nasi untuk keluarga mereka makan. Kita turut akui tidak semua pengguna Islam faham apakah syarat-syarat ataupun kaedah menentukan halal haram sesuatu pelan pemasaran sesebuah syarikat melainkan ustaz-ustaz yang pakar tentang ekonomi Islam menghukumnya.


Bagi kita terutamanya sebagai pengguna Islam pematuhan syariah sangat penting sebenarnya. Sebagai mana pentingnya Syarikat OneXOX berusaha menepati syarat-syarat patuh syariah bagi mendapatkan Sijil Patuh Syariah.




Penilaian Syariah Syarikat OneXOX



Kalau di lihat dari isi kandungan laporan lengkap penilaian patuh syariah, terdapat 14 perkara telah mendapat pengesahan patuh syariah. Anda boleh lihat penerangan tentang penilaian syariah pada butang di bawah ini !



Hasil dari muzakarah terperinci oleh Panel Syariah Syarikat OneXOX iaitu Dr Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman telah memberi pengesahan bahawa keseluruhan produk, perkhidmatan dan pelan pemasaran adalah Patuh Syariah. InsyaAllah.




Kesimpulan

Apa yang dapat saya katakan di sini, komitmen sesebuah syarikat seperti OneXOX yang bersedia untuk mendapat pengesahan patuh syariah ini patut di banggakan terutamanya pengguna yang beragama Islam. Mereka pasti yakin dan hilang sifat was-was terhadapat produk dan servis dari Syarikat OneXOX. 


Semoga apa jua tawaran yang saya kongsikan kepada anda yang mungkin belum bertukar kepada simkad OneXOX menjadi lebih yakin untuk terus bertukar dengan simkad kami.


Saya rasa sampai di sini dahulu perkongsian saya kepada anda. Diharap kita dapat berjumpa lagi pada post yang seterusnya. InsyaAllah.

0 Comments