Adakah Program Affiliate UGU Boleh Jimatkan Prepaid Anda ?

 


R

amai pengguna handphone inginkan penjimatan. Jika ada yang lebih murah tapi memenuhi citarasa pengguna, pasti mereka akan kekal lama dalam syarikat telko pilihan mereka. Tidak semua tawaran syarikat boleh memenuhi citarasa ataupun nafsu pengguna handphone.


Ada pengguna yang tidak kisah berapa sahaja caj yang dikenakan oleh syarikat telko asalkan jangan sampai timbulkan masalah. Masalah seperti kelajuan internet tidak konsisten sering mendapat perhatian mereka yang tegar menggunakan handphone sebagai medium tetap mereka.


Bukan itu sahaja malah ada juga pengguna yang begitu sensitif tentang caj data internet. Ada yang murah dan mahal. Semua bergantung kepada apa tujuan anda menggunakan handphone atau hanya sekadar mengikut trend semasa.


Saya akui bukan sedikit jumlah perbelanjaan topup pada masa kini. Jika mereka jenis yang berkira-kira akan cuba mencari alternatif lain untuk terus berbelanja penggunaan handphone mereka. Mahu atau tidak tahu kita sebagai pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih syarikat telko mana yang menguntungkan pengguna.



Program Affiliate UGU (User-Get-User)

Sekarang telah wujud peluang istimewa bagi pengguna handphone untuk menjana pendapatan pasif. Program ini disediakan khas untuk pengguna simkad OneXOX sebagai WIN-WIN situation. Anda berbelanja sambil menjana pendapatan seperti mana kata perumpamaan 'sambil menyelam kita minum air'.


Anda berbelanja seperti biasa tetapi dalam masa yang sama menjana pendapatan sampingan dan peluang ini masih terbuka luas sehingga hari ini.


Affiliate UGU ini merupakan inisiatif Syarikat OneXOX bersama Syarikat XOX bagi membantu pengguna-penggunanya berpeluang menjana pendapatan sampingan. 


Tiada yuran pendaftaran yang dikenakan. Hanya dengan bermodalkan RM10 (harga simkad) sahaja anda layak dilantik sebagai ejen affiliate User-Get-User (UGU) dengan syarat-syarat tertentu.


Konsep program affiliate yang ditawarkan sama seperti affiliate yang lain. Hanya dengan mempromosi link affiliate, anda boleh mendapat pandapatan tambahan. Kalau kita faham serba serbi produk dan kita juga mempunyai pengalaman menggunakan produk, ia memudahkan kita untuk berkongsi. Perkongsian manfaat yang kita nikmati hasil daripada penggunaan produk, memudahkan untuk kita berkogsi kepada ahli keluarga kita. Itu lebih mudah.


Sekiranya simkad OneXOX memberi manfaat kepada anda, minda bawah sedar memaksa anda untuk bercerita kelebihan produk dengan orang lain. Jika simkad yang anda gunakan sekarang tidak menawarkan tawaran seperti ini, mungkin sekaranglah masanya untuk anda mencuba simkad kami.



Adakah Program Affiliate UGU Boleh Jimatkan Belanja Prepaid Anda ?

Mungkin anda berfikiran ini agak skeptikal buat anda. Tetapi percayalah melalui statistik pengguna prepaid yang dilaporkan oleh SKMM pada tahun 2016, ternyata pengguna merupakan penyumbang tertinggi kepada ekonomi negara Malaysia berbanding pengguna postpaid.


Zaman sekarang ini sekiranya kita tidak membuat tindakan pantas, maka kita akan ketinggalan. Tindakan untuk menjimatkan mana-mana perbelanjaan harian, mingguan atau bulanan. 


Sebagai contoh penjimatan yang ingin saya kongsikan di sini ialah pilihan untuk jimatkan perbelanjaan handphone anda. Jika nilai RM1, RM2 sebulan kita berjaya jimatkan belanja pun sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan kita dah jimat sebanyak RM24. Betul tak ?


Jadi bagaimana cara kalau kita nak berjimat lebih banyak dari tu ?


Kita perlu berusaha mencari jalan bagaimana cara untuk menjimatkan perbelanjaan untuk bil atau topup handphone. Jika peluang Program Affiliate UGU dari OneXOX ini boleh membantu, apa salahnya kita cuba.


Tapi macam mana program ini boleh bantu jimatkan belanja prepaid pulak ?


Ok...macam ni...


Berikut saya terangkan serba sedikit cara bagaimana program ini dijalankan.


Sekiranya anda berkongsi kepada ahli keluarga anda, sahabat anda atau kejiranan anda tentang manfaat atau kelebihan simkad OneXOX dan mereka berjaya menukar simkad mereka maka setiap nilai keseluruhan topup bulanan mereka, anda akan dibayar sebagai 6% dari jumlah topup yang mereka telah belanja.



Sekiranya seorang secara purata topup RM50 sebulan dan anda mempunyai 5 orang pengguna yang berjaya menukar simkad OneXOX maka nilai topup kumpulan anda anda sebanyak RM250 sebulan. Dari jumlah tersebut, jika di darab dengan 6% makan jumlah komisen anda adalah sebanyak RM15.


Berbaloi tak jika sebulan anda berjaya jimatkan RM15 sebulan dari jumlah topup anda sebanyak RM50 sebulan ? Pasti berbaloi bukan. Itu belum didarah dengan 12 bulan. Secara purata penjimatan setahun anda bakal nikmati sebanyak RM180.


Mungkin anda tidak nampak peluang ini buat masa sekarang. Jika anda nampak peluang ini alhamdulillah. Mungkin rezeki anda apabila bersama team saya kelak. InsyaAllah.


Sekiranya anda ingin maklumat lengkap tentang Program Affiliate UGU ni, sila klik butang di bawah ni yer !







Kesimpulan



Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah sebagai pengguna handphone amnya dan pengguna prepaid khususnya mempunyai pelbagai peluang untuk menjimatkan perbelanjaan topup handphone anda. Mahu atau tidak mahu sahaja persoalannya. Jika kita mahu bertindak dan melakukan perubahan, insyaAllah hasrat itu pasti tercapai. 


Sekian dulu perkongsian saya dalam blog ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.


Jumpa lagi pada post yang seterusnya. 

0 Comments